HUKUM SOLAT SUNAT KETIKA BERLANGSUNG KHUTBAH JUMA'AT

Soalan:
Apa hukum solat sunat ketika khatib sedang khutbah jumaat?

Jawapan:
Hukum solat sunat ketika khatib sedang berkhutbah, terbahagi kepada dua:

1. Jika dia baru sampai ke masjid, dituntut (sunat) melakukan solat tahiyyatul masjid atau qabliyyah jumaat. Tapi jika dia memilih untuk melakukan qabliyyah jumaat, akan dapat fadhilat tahiyyatul masjid juga (bagi mereka yang baru sampai masjid). Dan solat itu dilakukan secara ringkas sahaja.

2. Namun sekiranya dia memang sedia ada/sudah lama berada dalam masjid, diharamkan dia melakukan apa-apa jenis solat sunat apabila khatib sedang berkhutbah, dengan ijmak (sepakat) 4 mazhab. Sedangkan yang dituntut solat sunat ketika imam sedang berkhutbah hanyalah pada mereka yang baru sampai ke masjid sahaja.

Maka jika seseorang sudah lama berada dalam masjid (datang awal) - Dia boleh melakukan qabliyyah jumaat sejurus selepas azan yang pertama, dan dilarang pula dia sengaja melewatkan solat qabliyyah jumaat sehingga khatib naik ke mimbar.

Rujukan:

• al-Majmu' (Imam an-Nawawi)
• Matla' al-Badrain (Syeikh Muhammad al-Fathani)

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR