BANYAKKAN BERPUASA PADA BULAN MUHARRAM

BANYAKKAN BERPUASA PADA BULAN MUHARRAM

Allah SWT berfirman: "Sesungguhnya bilangan bulan pada sisi Allah adalah 12 bulan, dalam ketetapan Allah di waktu Dia menciptakan langit dan bumi, di antaranya empat bulan haram (Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab). Itulah (ketetapan) agama yang lurus, maka janganlah kamu menganiaya diri kamu (dengan melakukan maksiat) dalam empat bulan itu." (At-Taubah : Ayat 36)

Menurut Imam Ibnu Katsir di dalam Tafsir Ibnu Katsir, dosa yang dilakukan pada 4 bulan haram (Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab) akan lebih berganda berbanding bulan lain, sama sepertimana berganda dosanya jika perbuatan maksiat itu dilakukan di tanah haram berbanding di tempat lain.

Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

ﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼِّﻴَﺎﻡِ ﺑَﻌْﺪَ ﺷَﻬْﺮِ ﺭَﻣَﻀَﺎﻥَ ﺷَﻬْﺮُ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﺍﻟْﻤُﺤَﺮَّﻡُ ﻭَﺃَﻓْﻀَﻞُ ﺍﻟﺼَّﻠَﺎﺓِ ﺑَﻌْﺪَ ﺍﻟْﻔَﺮِﻳﻀَﺔِ ﺻَﻠَﺎﺓُ ﺍﻟﻠَّﻴْﻞ

"Puasa yang paling afdhal selepas bulan Ramadhan adalah (puasa) di bulan Allah Muharram, dan solat yang paling afdhal selepas solat fardhu adalah solat malam." (Riwayat an-Nasa'e: 1595)

Rujukan:

• Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata:

فأما من لم يشق عليه فصوم جميعها فضيلة
(المجموع شرح المهذب)

"Maka adapun bagi orang yang tidak merasa berat untuk berpuasa, maka berpuasa penuh (dalam bulan-bulan haram) adalah paling afdhal." [al-Majmu' Syarhul Muhazzab]

• Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata :

قال أصحابنا : ومن الصوم المستحب صوم الأشهر الحرم , وهي ذوالقعدة وذوالحجة والمحرم ورجب , وأفضلها المحرم. اهـ
(المجموع شرح المهذب)

"Berkata ashabuna (ulamak kami) : Dan puasa (sunnah) yang digalakkan adalah berpuasa pada bulan-bulan haram, iaitu Zulqa'idah, Zulhijjah, Muharrom dan Rajab. Dan yang paling afdhal (antara empat ini) adalah Muharrom." [al-Majmu' Syarhul Muhazzab]

• Syeikh Arsyad al-Banjari di dalam Sabilal Muhtadin berkata:

"Ketahui olehmu bahawasanya bulan yang terafdhal bagi puasa kemudian (selepas daripada) bulan Ramadhan iaitu Ash'hurul Hurum yakni segala bulan haram, yaitu empat bulan: Zulqa'idah dan Zulhijjah dan Muharrom dan Rajab. Dan yang terafdhal daripadanya (adalah) Muharrom." [Sabilal Muhtadin]

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR