IMAM ANAK MUMAYYIZ

IMAM ANAK MUMAYYIZ

Adakah sah anak yang belum baligh tapi sudah mumayyiz menjadi imam kepada orang dewasa?

Jawapan:

Sah, asalkan sudah mumayyiz, yakni dapat membezakan baik dan buruk dan boleh melakukan beberapa perkara dengan sendiri seperti makan, minum dan lain-lain, dalam sekitar 7 tahun ke atas sehingga baligh.

Rujukan:

Sayyid Abu Bakar Syatho di dalam I'anah at-Tholibin (2/56) berkata:

تنبيه - تصح أيضا قدوة الكامل بالصبي، لأن عمرو بن سلمة - بكسر اللام - كان يؤم قومه على عهد رسول الله - صلى الله عليه وسلم - وهو ابن ست أو سبع سنين - كما رواه البخاري

"Tanbih - Sah juga qudwah (ikutan) orang dewasa dengan kanak-kanak lelaki (sebagai imam), kerana 'Amr bin Salamah pernah menjadi imam pada kaumnya ketika zaman Rasulullah sollallaahu 'alaihi wa sallam ketika usianya 6 atau 7 tahun, sepertimana riwayat dari al-Bukhari." [I'anah at-Tholibin]

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR