MASBUQ DAPAT RAKAAT

MASBUQ DAPAT RAKAAT

Bagaimana cara makmum masbuq mendapat rakaat?

Jawapan:

Saya jelaskan dahulu tentang paras sekurang-kurang rukuk:

Had sekurang-kurang rukuk adalah apabila tapak tangannya mampu mencapai kepala lututnya, walaupun belakang badannya masih belum sempurna lurus, maka ia dikira sekurang-kurang bagi rukuk dan sah rukuknya. Dan tidak memadai rukuknya jika paras jarinya sahaja yang sampai pada kepala lutut dan bukan tapak tangannya. Namun rukuk yang paling sempurna adalah sunat dibongkokkan belakang badannya hingga lurus, sekira-kira jika diletakkan papan maka luruslah papan tersebut. (Fathul Mu'in)

Maka berbalik pada soalan:

Jika masbuq itu sempat rukuk bersama-sama imam dengan kadar thomakninah, sebelum imamnya sempat bangkit melepasi dari had sekurang-kurang rukuk, maka masbuq itu dikira mendapat rakaat.

Tetapi jika makmum tidak sempat rukuk dengan kadar thomakninah, sedangkan imamnya telahpun bangkit melepasi had sekurang-kurang rukuk, maka makmum masbuq tidak mendapat rakaat (yakni rakaat hangus), dan perlu menambah 1 rakaat lagi selepas imam salam.

Rujukan:

Dato' Hj Salleh Ahmad di dalam Panduan Solat Jemaah (1/47 & 49) berkata:

"Sekiranya ia tidak sempat rukuk bersama imam sekadar thoma'ninah sebelum imam bangun daripada had sekurang-kurang memadai pada rukuk, luputlah rakaat itu."

"Dapat thoma'ninah dalam rukuk bersama imam itu dengan yakin sebelum imam bangkit daripada sekurang-kurang memadai pada rukuk."

[Panduan Solat Jemaah]

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR