PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ

PERGERAKAN MAKMUM MASBUQ

Saya masuk berjemaah dalam keadaan masbuq ketika imam sedang duduk tahiyat awal. Adakah saya perlu menunggu sehingga imam bangun berdiri baru saya masuk berjemaah, ataupun terus takbiratul ihram dan ikut duduk tahiyat awal?

Jawapan:

Lebih afdhal takbiratul ihram dan terus mengikut pergerakan imam, sama ada imam sedang duduk atau rukuk atau sujud, dalam kes ini makmum hendaklah terus duduk tahiyat awal.

Sabda Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam : “Jika salah seorang dari kamu masuk dalam solat berjama’ah, dan imam sedang dalam satu keadaan (kedudukan), maka lakukanlah apa yang dilakukan oleh imam.”

Perlu diingatkan juga bahawa makmum perlu takbiratul ihram dalam keadaan tenang tanpa tergopoh-gapah, kemudian barulah mengikut pergerakan/kedudukan yang sedang dilakukan imam. Takbiratul ihram juga mestilah dilakukan dalam keadaan tegak berdiri sehingga selesai ucap Allahu Akbar, tidak sah jika takbiratul ihram sambil sedang turun duduk atau turun rukuk.

Jika makmum masbuq masuk berjemaah ketika imam sedang rukuk, makmum akan dikira mendapat rakaat sekiranya sempat kadar thomakninah (dalam 2 saat) ketika rukuk bersama-sama imam. Jika tidak sempat thomakninah bersama imam ketika rukuk, sedangkan imam sudah bangkit dari rukuk, maka dikira tidak mendapat rakaat tersebut dan wajib tambah rakaat selepas imam salam.

Wallahu a’lam.

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR