WAKTU AFDHAL SOLAT AIDIL ADHA

Tunaikanlah Solat Sunat Idil-Adha Tepat Pada "Waktu Afdhal" ia didirikan

Oleh: Ustaz Haidzir Hussin

ﭐﻟﺴَّﻠَﺎﻡُ ﻋَﻠَﻴْﻜُﻢْ ﻭَﺭَﺣْﻤَﺔُ ﭐﻟﻠﻪِ ﻭَﺑَﺮَﻛَﺎﺗُﻪُ

Berkata penyusun "ﻣﻄﻠﻊ ﺍﻟﺒﺪﺭﻳﻦ" :

"(Dan waktu) keduanya daripada naik matahari, tetapi sunat dita'khirkan dia hingga naik matahari segalah, dan berkekalanlah waktunya hingga gelincir matahari."

Penerangan:

Penyusun menerangkan tiga perkara iaitu:

Bilakah masuk waktu solat hari raya, bilakah waktu yang afdhal kita
mendirikannya, dan bilakah berakhirnya waktu untuk solat sunat raya itu.

Sebagai memudahkan kefahaman, saya pecahkan begini:

i. Waktu masuk : "Syuruq" (terbit matahari) (yakni selepas tamat waktu isyraq)

ii. Waktu afdhal : Matahari dah naik segalah iaitu 27 minit selepas "syuruq"

iii. Penghujung atau akhir waktu : Dengan masuknya waktu zuhur.

Sama samalah kita berdoa' agar kita dapat menunaikan solat idil-Adha mulai tahun ini tepat pada waktu sunat (syuruq) atau waktu afdhal iaitu 27 minit selepas syuruq.

Kebaikan menyusul:

Mudah dapat amalkan sunat iaitu sarapan selepas solat, bukan sebelumnya (beza dengan aidil fitri). Dapat tunaikan qurban juga pada waktu afdhalnya, (cuaca) masih redup. Dapat siap awal qurban, maka dapat siap awal untuk zuhur (berjemaah) atau jumaat.

Ya Allah maqbulkanlah hasrat umat ini, amin

wallahu a'lam

==========

SUMBER : FB Mohammad Haidzir Hussin

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR