SITUASI MAKMUM JIKA IMAM TELAH BERI SALAM

Soalan: Adakah makmum boleh teruskan bacaan tahiyyat akhir jika imam telah beri salam?

Jawapan: Hukumnya boleh, kerana apabila imam telah memberi salam maka terputuslah hubungan antara imam dan makmumnya. Maka makmum boleh teruskan bacaan tahiyyat (tasyahud) akhirnya hingga selesai, dan boleh juga berdoa sebelum salam.

Rujukan:

Dr.Hassan al-Saqqaf berkata: "Bagi makmum yang muwafiq (yang akan beri salam bersama imam), dia boleh memanjangkan duduknya untuk berdoa mengikut kehendaknya, sekalipun imamnya telah selesai salam. Kerana tiada pula hadis yang menyebut: "Jika imam selesai salam, maka segeralah beri salam." Selain itu, perhubungan antara makmum dan imamnya telah terputus setelah imam mengucapkan salam yang pertama." [Sohih Sifat Solat Nabi]

Imam an-Nawawi berkata: "Jika kita mengatakan memberi salam yang kedua adalah sunat, maka salam kedua tersebut berlaku setelah selesai mendirikan solat, dan ianya (salam kedua) tidak termasuk di dalam solat." [al-Majmu']

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR