SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH

SENTUH KERING NAJIS MUGHOLLAZOH

Jika sentuh anjing atau babi dalam keadaan kering sama kering (kita kering, ia kering), adakah perlu sertu/samak?

Jawapan:

Jika sama kering, tidak perlu disertu/samak, kerana suatu yang kering itu tidak boleh berpindah najis melainkan basah salah satu pihak.

Namun ini bukanlah bermakna boleh menyentuhnya dengan sengaja walaupun tidak perlu disertu.

Jika salah satu pihak atau kedua-dua pihak basah, barulah berpindas najis dan wajib disertu/samak dengan 7x siraman air, dengan salah satunya daripada air campuran tanah.

1x air campuran tanah + 6x air mutlak = Maka sucilah ia dari najis mughollazoh (najis berat).

Rujukan:

• Nabi sollallahu ‘alaihi wa sallam bersabda:

ﻃَﻬُﻮﺭُ ﺇِﻧَﺎﺀِ ﺃَﺣَﺪِﻛُﻢْ ﺇِﺫَﺍ ﻭَﻟَﻎَ ﻓِﻴﻪِ ﺍﻟْﻜَﻠْﺐُ، ﺃَﻥْ ﻳَﻐْﺴِﻠَﻪُ ﺳَﺒْﻊَ ﻣَﺮَّﺍﺕٍ ﺃُﻭﻟَﺎﻫُﻦ ّﺑِﺎﻟﺘُّﺮَﺍﺏَ

"Menjadi suci sebuah bekas (milik) salah seorang antara kamu apabila anjing menjilatnya, iaitu dengan membasuhnya tujuh kali, salah satunya dengan (campuran) tanah." (Riwayat Muslim : 3/183)

• Imam an-Nawawi di dalam Syarah Sohih Muslim (3/185) berkata:

لا فرق عندنا بين ولوغ الكلب وغيره من أجزائه فإذا أصاب بوله أو روثه أو دمه أو عرقه أو شعره أو لعابه أو عضو من أعضائه شيئا طاهرا في حال رطوبة أحدهما وجب غسله سبع مرات إحداهن بالتراب

"Tiada perselisihan di antara kami (ulamak Syafi'iyyah) berkenaan jilatan anjing dan (termasuk anggota yang) selainnya bahawa ianya adalah najis. Apabila ada air kencingnya atau kotorannya atau darahnya atau peluhnya atau bulunya atau air liurnya atau mana-mana bahagian tubuh anjing itu bersentuhan pada sesuatu yang suci (seperti tubuh manusia dan persentuhan itu) dalam keadaan basah salah satu pihak, maka wajib membasuhnya sebanyak tujuh kali, dan salah satunya dengan (air campuran) tanah." [Syarah Sohih Muslim]

• Di dalam Fiqh al-Ibadah - Syafi'e (1/181) menyatakan:

إذا اتصل النجس أو المتنجس بالطاهر نظر فإن كانا جافين فلا تؤثر النجاسة بالطاهر بناء على القاعدة الفقهية : الجاف طاهر بلا خلاف . وإن كان أحدهما أو كلاهما رطبا تنجس الطاهر بالآخر

"Apabila sesuatu najis atau mutanajjis (itu bersentuhan) dengan yang suci (seperti tubuh manusia), maka ditilik dahulu : Jika kedua-duanya kering, maka najis tersebut tidak mampu menjejaskan kesucian sesuatu itu (yakni tidak berpindah najis), ini dibinakan atas kaedah fiqhiyyah : "Sesuatu yang kering adalah suci tanpa khilaf ulamak." Adapun jika salah satu pihak atau kedua-duanya basah, maka akan menajiskan sesuatu yang suci itu." [Fiqh al-Ibadah - Syafi'e]

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR