MANDI HADAS DALAM SUNGAI/KOLAM AIR

Hukumnya sah. Sama ada dia mandi dalam air yang tenang (seperti kolam air) atau air yang mengalir (seperti sungai). Tapi jika dalam kolam mandi, mestilah kolam air itu melebihi 2 qullah (228 liter). Jika tidak sampai 2 qullah, air itu akan menjadi mustakmal apabila dibuat untuk mandi wajib.

Cuma berbalik pada syarat sah mandi wajib, iaitu menyampaikan air pada seluruh anggota yg zohir (luaran) seperti keseluruhan rambut, bulu-bulu, bawah kuku, lubang telinga yang zohir (had yang sehinga boleh dimasuki jari), termasuk celah punggung dan zohir dubur (lubang tempat keluar najis yang fleksibel itu), yakni wajib dibukakan sedikit (diteran sedikit) dan dikenakan air padanya. Kata TG Abd Halim Saad, ramai yang tidak sah mandi wajib kerana tidak membasuh bahagian zohir dubur tersebut (tempat keluar najis). Manakala pada rambut pula, jika ia disanggul wajib dibuka sanggulnya agar dikenakan air.

Adapun anggota yang batin (dalaman) sahaja tidak wajib dikenakan air, seperti lubang telinga yang batin (yakni had yang tak boleh dimasuki jari) dan lubang hidung.

Waktu mula berniat pula ketika air sudah terkena salah satu dari anggota badan. Jika berniat sebelum anggota badan terkena air, tak sah mandi wajib. Atau berniat selepas daripada membasuh beberapa anggota badan, maka wajib diulang anggota yang sudah dibasuh sebelum berniat itu.

Rukun mandi ada 3 (Matla' al-Badrain) :

1 - Niat
2 - Hilangkan najis
3 - Menyampaikan air pada seluruh anggota badan termasuk bulu dan kulit.

Rujukan:

Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam Fathul Mu'in berkata: "Terhasil (sah mandi wajib) di dalam air yang tenang (kolam air) dengan (disunatkan pula) menggerak-gerakkan semua anggota badan sebanyak tiga kali." [Fathul Mu'in]

Syeikh Arsyad al-Banjari di dalam Sabilal Muhtadin berkata: "Dan jikalau mandi (wajib) seorang dengan menyelam ke dalam air yang mengalir (sungai) maka memadai ia (mendapatkan sunat) pada menigai (tiga kali) itu (dengan) lalu (mengalir) atasnya tiga jerih air." [Sabilal Muhtadin]

Syeikh Asyad al-Banjari menambah lagi: "Dan jikalau ada air itu tenang (kolam air) maka hasil (dapat pahala sunat) menigai (tiga kali) itu dengan mengangkatkan kepalanya dan memindahkan (menggerakkan) kedua kakinya di dalam air (sebanyak) tiga kali, atau (dapatkan pahala sunat) dengan berpindah (bergerak) ia di dalam air, daripada tempatnya kepada tempat (posisi) yang lain tiga kali." [Sabilal Muhtadin]



Wallahu a'lam

Comments

  1. bagaimana kalau kita mandi wajib di kawasan air terjun yang terdapat beberapa orang lain tetapi dengan hanya memakai baju dan seluar pendek? mohon penjelasan

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR