AIR SABUN TERMASUK DALAM BALDI

Ada yang kata jika mandi wajib perlu air mutlak, maka jika air tadahan dalam baldi tersebut terkena sedikit air sabun, adakah air tu dah tak jadi air mutlak dan jadi air mustakmal? Dan tak boleh buat  untuk mandi wajib?

Jawapan:

Jika termasuk sikit-sikit air sabun dalam baldi tak apa, melainkan jika banyak sangat termasuk air sabun sehingga satu baldi itu berbau air sabun, atau keseluruhan air jadi berbuih sabun, dan bila orang tengok pun akan berkata "ni air sabun ni", maka ketika itu barulah tidak  boleh diguna air dalam baldi itu, kerana ia telah dihukum sebagai air Mutaghoyyir (air yang bercampur sesuatu yang suci yang telah mengubahkan salah satu dari 3 sifat air sehingga hilang panggilan air mutlak pada air tersebut).

wallahu a'lam

Comments

  1. Assalamualaikum.
    Apakab hukum jika kolah itu agak besar tetapi termasuk sabun yang kecil kedlm kolah.
    Tapi,air dlm kolah itu berwarna pudar" sikit, tapi baru mcm tiada.

    Jadi adakah sah kalau nak buat mandi wajib menggunakan air tersebut?

    Terima kasih, harap balas ya

    ReplyDelete

Post a Comment

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR