WUDHUK APABILA SENTUH BUKAN MAHRAM

Berikan pencerahan sentuh bukan mahram yang boleh membatalkan wudhu.

Jawapan: Dalam mazhab Syafi'e, menyentuh kulit bukan mahram tanpa lapik membatalkan wudhu', termasuk pasangan suami/isteri, sama ada sengaja atau tidak, bersyahwat ataupun tidak, tetap batal. Namun jika berlapik, tidak batal walaupun lapikannya nipis. Adapun gigi, kuku dan rambut juga tidak batal apabila disentuh kerana ia bukanlah kulit. Bagaimana pula dengan lidah? Menurut TG Hj Halim Sa'ad, menyentuh lidah juga membatalkan wudhu'.

Adapun menyentuh yang mahram (orang yang haram kahwin) tidak batal wudhu seperti ahli keluarga kandung.

Walaupun hukum ini khilaf di kalangan ulamak mazhab, namun tidak semudahnya kita beralih kepada pendapat yang mengatakan tidak batal, kerana ia boleh membawa kepada tidak sahnya ibadat wudhuk tersebut, dek kerana telah mencampurkan dua mazhab dalam satu-satu ibadat (rukun wudhu menggunakan mazhab Syafi'e dan perkara yang batalkan wudhu menggunakan mazhab Hanafi), ia boleh membawa kepada perbuatan talfiq.

Wallaahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR