PIJAK SEMUT KETIKA SOLAT

TERPIJAK SEMUT KETIKA SOLAT

Jika tengah solat saya terpijak semut dan ia mati, sah tak solat? Adakah bangkai semut termasuk ketegori najis yang dimaafkan?

Jawapan:

Semua jenis bangkai tidak dimaafkan di dalam solat termasuklah bangkai binatang yang tidak mengalir darahnya seperti bangkai semut, cicak, cacing, lalat, lebah dan seumpamanya.

Berbalik kepada soalan, jika seseorang menanggung mahupun berhubung (bersentuh) pada tubuhnya atau pakaiannya akan najis dari bangkai binatang, termasuklah binatang yang tidak mengalir darah seperti bangkai semut sekalipun, maka batallah solatnya kerana dikira menanggung najis.

Tetapi jika dia segera mengalihkan najis itu serta-merta maka tidak batal. Umpamanya bangkai semut atau najis burung terjatuh pada kain selendang/rida' ketika solat, lalu dengan serta-merta dia buangkan atau jatuhkan kain itu dari tubuhnya, maka ketika itu solatnya sah. Namun jika lewat sekira-kira melepasi kadar thomakninah (dalam 2 - 3 saat) maka batallah solatnya.

Rujukan:

• Sayyid Abdul Rahman al-Ba'lawi di dalam Bughyatul Mustarsyidin berkata:

ﻋﻔﻲ ﻋﻨﻪ ﻓﻲ ﺍﻟﻤﺎﺀ ﺩﻭﻥ ﺍﻟﺜﻮﺏ ﻭﻫﻮ ﺍﻟﻤﻴﺘﺔ ﺍﻟﺘﻲ ﻻ ﺩﻡ ﻟﻬﺎ ﺳﺎﺋﻞ ﺣﺘﻰ ﻟﻮ ﺣﻤﻠﻬﺎ ﻓﻲ ﺍﻟﺼﻼﺓ ﺑﻄﻠﺖ

"Najis yang dimaafkan pada air sahaja tetapi tidak dimaafkan pada pakaian iaitu bangkai binatang yang tidak mengalir darah, malah jika dibawanya ke dalam solat maka batal solatnya."

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR