KISAH QURBAN NABI ISMAIL (Siri 1)

Apabila Nabi Ismail 'alaihissalam berumur kira-kira 13 tahun, Nabi Ibrahim 'alaihissalam bermimpi sebanyak tiga kali, dan mimpi seorang Nabi itu adalah wahyu kerana walaupun matanya tertutup  waktu tidur, qalbunya tetap berjaga.

Pada malam pertama, beliau bermimpi satu suara yang berkata kepadanya:

"Allah perintahkan kepadamu untuk mengorbankan anakmu."

Apabila pagi (8 Zulhijjah), beliau berfikir adakah mimpi ini dari Allah atau dari syaitan? Maka dinamakan hari itu "Hari Tarwiyah" yang ertinya "Hari Berfikir".

Pada malam kedua, beliau mimpi yang sama, dan suara itu menambah:

"Janjimu!"

Apabila pagi (9 Zulhijjah), tahulah beliau bahawa mimpi itu dari Allah. Maka dinamakn hari itu "Hari Arofah" yang ertinya "Hari Mengetahuinya."

Pada malam ketiga, beliau mimpi lagi yang sama. Apabila pagi (10 Zulhijjah), beliau berusaha untuk menyempurnakan penyembelihan. Maka dinamakan hari itu "Hari Nahar" atau "Hari Penyembelihan."

Nabi Ibrahim pun memberitahu puteranya Ismail. Beliau berkata:

"Wahai anakku! Sesungguhnya aku melihat dalam mimpi bahawa aku akan menyembelihmu, maka fikirkanlah apa pendapatmu?"

Nabi Ismail menjawab:

"Wahai bapaku, jalankanlah apa yang diperintahkan (Allah) kepadamu. Insya Allah, ayah akan mendapati aku daripada orang-orang yang sabar."

Sumber:
Syed Hassan al-Attas - Korban (1/12-14)

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR