PENTING BERMAZHAB

Salam. Kenapa kena ada mazhab? Tak perlu guna hadis ke? Zaman Nabi tak ada mazhab.

Jawapan:

Mazhab ni bagi membantu orang awam untuk memahami agama/hukum syarak, untuk beramal dalam ibadat seperti solat, puasa, haji, bermuamalat, amalkan hukum munakahat, untuk qadhi jatuhkan hukum jinayat.

Kita sebagai orang awam mampu baca beberapa sahaja hadis, itu pun terjemahan. Baca dan memahami hadis itu berbeza. Kita tidak mampu baca & faham & hafal berpuluh ribu matan hadis berserta sanad, kita tidak mampu tafsir al-Quran malah haram bagi orang awam menafsir al-Quran sendiri kerana tiada ilmu alat, dan macam-macam lagi kekurangan pada kita.

Maka oleh kerana kita tidak cukup ilmu, wajiblah kita bertaqlid pada salah satu mazhab.

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam pernah bersabda:

...فَأَفْتَوْا بِغَيْرِ عِلْمٍ فَضَلُّوا وَأَضَلُّوا

"..Mereka beri fatwa tanpa ilmu. Maka mereka itu sesat, malah menyesatkan orang lain (yang mengikutinya)." (Riwayat al-Bukhori : 100)

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR