UJIAN BUAT HAMBANYA

Setiap hambaNya yang mukmin & mukminat akan menerima ujian dari Allah. Jika kita terima sesuatu ujian (sama ada dalam keluarga, musibah dan lain-lain), ketahuilah sebenarnya kita mampu hadapinya, kerana Allah tidak akan menguji hambaNya melainkan kita mampu hadapi kadar tahap tersebut. Tinggal kita sahaja perlu sabar dan redha untuk hadapinya.

Allah subhanahu wa ta'ala berfirman: "Allah tidak membebani seseorang melainkan sesuai dengan kemampuannya..." (Surah Al-Baqarah : 286)

Jika kita menerima ujian, ingatlah perkara yang buruk itu pun datang dari Allah jua. Maka setiap yang datang dari Allah pasti ada kebaikannya, sama ada tersirat atau tersurat.

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR