KISAH QURBAN NABI ISMAIL (Siri 2)

Setelah itu, mereka berdua pun berangkatlah dari Makkah ke Mina sehingga sampai di tempat penyembelihan iaitu di antara bukit-bukit di Mina. Dalam perjalanan, mereka diganggu oleh iblis yang cuba menahan daripada melakukan perintah Allah, namun Nabi Ibrahim tetap teguh.

Setibanya ditempat pnyembelihan, Nabi Ismail 'alahissalam berkata kepada ayahnya:

 "Wahai ayah! Apabila engkau hendak menyembelihku, kuatkanlah ikatanmu supaya darahku tidak terkenamu kerana akan kurang nanti pahalaku."

"Mati itu sakit, maka tajamkanlah parangmu supaya memberi keringanan kepadaku. Apabila engkau membaringkanku, tiarapkanlah aku kerana aku takut sekiranya engkau melihat wajahku, perasaan engkau akan menjadi belas kasihan dan tidak akan dapat menyempurnakan perintah Tuhan. Dan kembalikanlah bajuku ini kepada ibuku Hajar, semoga baju ini akan menghiburkan hatinya."

Setelah itu, Nabi Ibrahim merebahkn Nabi Ismail. Ditekan leher puteranya itu dengan kuat dan dengan parang yang cukup tajam lalu disembelihnya.

Tetapi parang itu tidak beri kesan (tidak lut) sama sekali. Bagaimanapun dicubanya ternyata tidak ada gunanya. Pada ketika iniah, turun malaikt Jibrail 'alaihissalam membawa firman Allah sebagaimana yang tersebut di surah as-Soffat : Ayat 105 hingga 107 (37: 105-107)

Mafhumnya:

"(Wahai Ibrahim!) Engkau telah menyempurnakan maksud yang engkau lihat (dalam mimpimu) itu. Demikianlah sebenarnya Kami membalas orang-orang yang berusaha mengerjakan kebaikan." (105)

"Sesungguhnya perintah ini ialah satu ujian yang nyata." (106)

"Dan Kami tebuskan anaknya itu dengan seekor binatang sembelihan yang besar." (107)

Pada saat itu juga Jibrail membawa kepada beliau seekor kambing kibash dari Syurga yang telah tersedia ada disebalik batu-batu, dan Nabi Ibrahim pun mnyembelihnya sebagai ganti.

Dikatakan bahawa kambing itu cukup indah sekali, berwarna putih, bulunya kemerah-merahan dan dipelihara di Syurga selama 40 tahun.

Sumber:
Syed Hassan al-Attas - Korban (1/12-14)

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR