RUKUN QALBI, RUKUN QAULI & RUKUN FI'LI.

Rukun solat ada 13:

1. Niat
2. Qiyam (berdiri)
3. Takbiratul ihram
4. Al-Fatihah
5. Rukuk (dengan thomakninah)
6. Iktidal (dengan thomakninah)
7. Sujud (dengan thomakninah)
8. Duduk antara 2 sujud (dengan thomakninah)
9. Duduk tashahud akhir
10. Membaca tashahud akhir
11. Selawat atas Nabi
12. Salam (yang pertama)
13. Tertib

(Matla' al-Badrain)

Dalam 13 rukun di atas, terpecah pula kepada 3 bahagian:

[1]. Rukun Qalbi
[2]. Rukun Qauli
[3]. Rukun Fi'li

• Rukun Qalbi (hati) :
1. Niat
2. Tertib

• Rukun Qauli (perkataan atau bacaan):
1. Takbiratul ihram (ucapan Allahu Akbar)
2. Al-Fatihah
3. Tashahud akhir
4. Selawat atas Nabi
5. Salam (yang pertama)

* Lima rukun qauli di atas wajib didengari di telinga sendiri setiap lafaznya. Jika tertinggal satu huruf, wajib diulangi. Adapun bacaan sunat yang lain seperti zikir rukuk, tidak wajib didengari tetapi perlu didengari bagi mendapatkan pahala bacaan.

• Rukun Fi'li (perbuatan atau pergerakan) :
1. Qiyam (berdiri)
2. Rukuk
3. Iktidal
4. Sujud
5. Duduk antara dua sujud
6. Duduk tashahud akhir


* Enam rukun fi'li di atas wajib dilakukan. Jika terlupa, perlu patah balik untuk mendatangkan semula rukun tersebut. Namun jika dia telah sampai pada rukun sama yang ditinggalkan itu pada rakaat seterusnya, contohnya dia terlupa rukuk di rakaat pertama, tetapi dia tersedar ketika telahpun melakukan rukuk di rakaat ke-2, maka rukuknya ketika itu menjadi rukuk rakaat pertama, dan perbuatan sebelumnya itu menjadi lagha. (Fathul Mu'in)

Jika seorang makmum, tertinggal rukun fi'li, tidak boleh berpatah balik apabila imam sedang sama rukun dengannya, kerana makmum telah terikat dengan pergerakan imamnya, bahkan diteruskan sahaja ikutannya dengan imam, kemudian tambah rakaat lepas salam bagi menggantikan rakaat yang ketinggalan rukun itu.

----------------

Maka segala perbuatan & bacaan dalam solat yang selain daripada 13 rukun di atas adalah dihukumkan sunat, kecuali pada bacaan selawat atas keluarga Nabi ketika tasyahud awal, tidak sunat membacanya, maka bacaannya cukup sehingga selawat ke atas Nabi sahaja ketika duduk tasyahud awal. (Hasyiah al-Bajuri)

Sunat di dalam solat pula terbahagi kepada 2 jenis:

[1]. Sunat ab'adh (sangat dituntut)
[2]. Sunat hai'ah

• Sunat ab'adh adalah seperti tashahud awal dan qunut (kesemuanya ada 8). Jika meninggalkan salah satu dari sunat ab'adh, sama ada sengaja atau tidak, maka disunatkan sujud sahwi. (Munyatul Musolli)

• Sunat hai'ah pula seperti mengangkat kedua belah tangan, membaca surah selepas al-Fatihah, membaca zikir ketika rukuk dan sujud, memberi salam ke-2 dan lain-lain. Jika terlupa atau sengaja meninggalkan sunat hai'ah, tidak dituntut melakukan sujud sahwi.

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR