KAFIR BERQURBAN

Adakah orang kafir boleh ambil bahagian pada satu lembu ketika berqurban?

Jawapan:

Non muslim boleh ambil bahagian dalam seekor lembu tapi bukan niat qurban, kerana orang kafir tidak sah berqurban. Namun ambil bahagian pada seekor lembu itu untuk kafir itu makan atau jual maka boleh.

Ini kerana unta/lembu/kerbau ada 7 bahagian, maka tidak disyaratkan niat setiap dari mereka pada seekor lembu itu mesti sama, nait yang berberbeza juga boleh. Contohnya 1 bahagian dari si fulan yang niat berqurban, 1 bahagian yang buat aqiqah, 1 bahagian yang makan sendiri (tidak niat apa-apa), dan termasuk 1 bahagan dari orang kafir sekalipun. (Matla' al-Badrain).

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR