HUKUM JUAL BELI KUCING.

Apa hukum jual beli kucing? Saya dengar orang cakap tak sah?

Jawapan:

Di sisi mazhab Syafi'e, hukumnya harus jika ianya kucing peliharaan kerana ia mampu memberi manfaat dari segi hiburan pada manusia. Adapun kucing liar (atau kucing hutan), hukumnya tidak sah dan haram diperjual belikan kerana tiada memberi manfaat. Berkenaan hadis Nabi (sollallahu 'alaihi wa sallam) yang melarang berjual beli kucing, ulamak Syafi'iyyah mengatakan larangan Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam itu merujuk kepada kucing liar sahaja, kerana tiada memberi manfaat pada manusia.

Rujukan:

Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' berkata:

فرع - بيع الهرة الاهلية جائز بلا خلاف عندنا إلا ما حكاه البغوي في كتابه في شرح مختصر المزني عن ابن العاص أنه قال لا يجوز وهذا شاذ باطل مردود والمشهور جوازه وبه قال جماهير العلماء نقله القاضى عياض عن الجمهور وقال ابن المنذر أجمعت الامة على أن اتخاذه جائز ورخص في بيعه ابن عباس وابن سيرين والحكم وحماد ومالك والثوري والشافعي وأحمد واسحق وأبو حنيفة وسائر أصحاب الرأي
(المجموع شرح المهذب)

"Furu' - Menjual kucing perumahan (peliharaan) diharuskan, dan tiada khilaf pendapat di kalangan kami (ulamak Syafi’iyyah), melainkan hikayat dari al-Baghowi di dalam kitabnya 'Syarah Mukhtasor al-Muzani' yakni dari Ibn al-‘As yang menyatakan tidak diharuskan (berjual beli), namun ini pendapat yang syaz (ganjil), batal dan tertolak. Dan pendapat yang masyhur adalah diharuskan, dan inilah pandangan jumhur (kebanyakan) ulamak, sebagaimana yang telah dinaqal oleh al-Qadhi ‘Iyadh. Dan berkata Ibn Munzir: Para imam sepakat tentang keharusan memeliharanya, dan membenarkan berjual beli padanya (kucing peliharaan), seperti Ibn 'Abbas, Ibn Sirin, al-Hakim, Hammad, Malik, as-Sauri, al-Syafi’e, Ahmad, Ishaq, Abu Hanifah dan para ashab (ulamak) yang lainnya." [al-Majmu' Syarah al-Muhazzab]

Imam an-Nawawi di dalam Raudhoh at-Tholibin berkata:

ومنها أن النبي صلى الله عليه وسلم نهى عن ثمن الهرة قال القفال: المراد الهرة الوحشية إذ ليس فيها منفعة استئناس ولا غيره.قلت: مذهبنا أنه يصح بيع الهرة الأهلية نص عليه الشافعي رضي الله عنه وغيره.
(روضة الطالبين)

"Dan termasuknya (larangan jual beli), sesungguhnya Nabi (sollallahu 'alaihi wa sallam) melarang mendapatkan duit (hasil penjualan) dari kucing. Berkata al-Qaffal : Yang dimaksudkan adalah kucing liar (atau kucing hutan) kerana tiada manfaat padanya sama ada dari segi memberikan hiburan atau selainnya. Saya (an-Nawawi) berkata: Menurut mazhab kami (Syafi’iyyah), sesungguhnya menjual kucing perumahan (peliharaan) adalah sah, sebagaimana yang telah dinaskan oleh Imam al-Syafi’e R.hu dan selain darinya." [Raudhoh at-Tholibin]

Wallahu a'lam bissowab.

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR