MAKANAN YANG DIJUMPAI

Jika saya menjumpai makanan, bolehkan saya makan sebelum ia menjadi rosak?

Jawapan: Dalam bab luqathoh, jika menjumpai barang atau bahan yang tidak diketahui pemiliknya, bahan itu pula mudah rosak dan tidak tahan lama seperti makanan, maka apabila pemiliknya tidak dijumpai, dia boleh membuat 2 pilihan, sama ada:

1. Memakannya, lalu menggantikannya dengan nilai makanan itu kepada pemiliknya sekiranya pemilik itu menuntutnya.
2. Menjualnya kepada orang, duit hasil jualan itu disimpankannya.

Rujukan:

Syeikh Ibnu Qasim al-Ghozi di dalam Fathul Qarib (1/209) berkata:

الضرب (الثاني ما لا يبقى) على الدوام، (كالطعام الرطب؛ فهو) الملتقط له (مُخَيَّر بين) خصلتين (أكلِه وغرمِه) أو غرم قيمته (أو بيعه وحفظ ثمنه) إلى ظهور مالكه

"Barang yang tidak tahan lama seperti makanan basah, maka jika menjumpainya, boleh memilih sama ada ingin memakannya lalu menggantikan harganya, ataupun menjualnya lalu menyimpan duit hasil jualannya." [Fathul Qarib]

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR