PERKARA LUAR BIASA PADA MAKHLUK

Perkara Mencarik adat!

Ditulis oleh : Angah al-Manisiy

Diterangkan di dalam kitab Aqidatul Najin Fi Ilmu Usul Ad Din bahawa perkara luar biasa (mencarik adat) merangkumi 8 perkara:

[1] Mukjizat : berlaku kepada rasul selepas kerasulan
[2] Irhas إرهاس : Berlaku kepada rasul sebelum kerasulan
[3] Karamah : Berlaku pada wali allah
[4] Ma’unah : Berlaku di kalangan orang awam untuk terlepas dari kesusahan. Maunah beerti pertolongan Allah kepada seseorang supaya menjadi kuat beribadah dan taat kepada TuhanNya

[Peringatan] Empat perkara luar biasa di atas adalah yang benar.

[5] Sihir : berlaku dikalangan mereka yang mengamalkan sihir
[6] Istidraj إستدرج : Terdapat dikalangan orang kafir dan orang muslim yang fasiq melalui tipu daya. Erti istidraj ialah kerja yang disangka baik tetapi membawa tuannya ke neraka.
[7] Sya’wadzah شعوذة : Permainan silap mata yang merupakan satu sihir
[8] Ihanah إهانة : Lahir dari orang dusta

[Peringatan] Empat perkara luar biasa terakhir adalah yang batil.

(rujuk : Aqidatul Najin Fi Ilmi Usul Addin : m/s 76)

Lapan perkara luar biasa ini mesti diterangkan kerana rata-rata masyarakat melayu amat gemar kepada perkara-perkara kelebihan atau luar biasa. Apa jua perkara kelihatan luar biasa di agungkan meskipun perkara tersebut dikutuk oleh syarak. Maka berhati-hati lah dalam memadang perkara luar biasa, selidik adakah ianya dari kebenaran atau kebatilan.

==============================

SUMBER : angahtokku.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR