4 JENIS MANUSIA

Di dalam Ihya' 'Ulumuddin karangan Imam al-Ghozzali, dinyatakan bahawa manusia itu terbahagi kepada 4 jenis:


"١ - "ﺭﺟﻞ ﻳﺪﺭﻱ ﻭﻳﺪﺭﻱ ﺃﻧﻪ ﻳﺪﺭﻱ
(Rojulun yadri, wa yadri annahu yadri)

"Seorang yang tahu ('alim), dan dia tahu bahawa dirinya tahu."

~ Inilah orang yang 'alim, maka ikutilah dia.



 "٢ - "ﻭﺭﺟﻞ ﻳﺪﺭﻱ ﻭﻻ ﻳﺪﺭﻱ ﺃﻧﻪ ﻳﺪﺭﻱ
(Rojulun yadri, wa laa yadri annahu yadri)

"Seorang yang tahu, dan dia tidak tahu (tak sedar) bahawa dirinya tahu."

~ Inilah orang yang tidur/lalai, maka kejutkanlah dia (supaya dia boleh mengajari orang).



"٣ - "ﻭﺭﺟﻞ ﻻ ﻳﺪﺭﻱ ﻭﻳﺪﺭﻱ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺪﺭﻱ
(Rojulun laa yadri, wa yadri annahu laa yadri)

"Seorang yang tidak tahu (jahil), dan dia tahu (sedar) bahawa dirinya tidak tahu."

~ Inilah orang yang memerlukan bimbingan. Dia sedar dirinya tidak tahu, dan dia ingin belajar. Maka ajarilah dia.



"٤ - "ﻭﺭﺟﻞ ﻻ ﻳﺪﺭﻱ ﺃﻧﻪ ﻻ ﻳﺪﺭﻱ
(Rojulun laa yadri, wa laa yadri annahu laa yadri)

"Seorang yang tidak tahu (jahil), dan dia tidak tahu bahawa dirinya tidak tahu."

~ Inilah seburuk-buruk manusia, dia merasakan dirinya tahu padahal tidak tahu (jahil murokkab). Maka jauhilah dia.


Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR