Belajar Menerima Kritikan & Mengakui Kesalahan

Pesanan Ayahanda: Belajar Menerima Kritikan (Teguran) & Mengakui Kesalahan (Mohon Maaf)

Oleh: Ustaz Angah al-Manisiy

Anakku,

"Belajarlah menerima kritikan, belajar mengaku kesalahan dan belajar memohon maaf jika bersalah, sebagai jalan penyucian jiwa demi perjalanan cinta kepada Allah dan Rasul. Sikap tiada mahu menerima kesalahan, apalagi mewujudkan pelbagai helah untuk dilihat tiada bersalah adalah adab yang amat salah bagi para perindu Allah. Ia masih menyintai sifat takbur, dan sikap tersebut (tiada mahu menerima kesalahan) menambah menyuburkan lagi sifat (takbur) tersebut, ia akan memadamkan cahaya hati perlahan-lahan sehingga makrifat dalam bentuk pandangan dan perasaan hilang tanpa disedari."

"Sifat berdolak dalih dengan kesalahan adalah sifat iblis dihadapan Allah yang tak mahu mengaku kesalahan, malah apabila Allah menghukumnya dengan panggilan kafir, dia masih menunjukkan egonya dengan menyalahkan Adam sebagai punca ia dimurka, sehingga kini ia menjadikan bani adam sebagai musuhnya, lantaran tidak bersedia menerima bahawa dia bersalah dan wajib bertaubat pada Allah."

Fahamilah duhai anakku,

"Air yang indah dan bersih dari gunung hanya akan mengalir turun ditempat yang rendah. Begitulah juga ilmu hikmah yang indah dan bersih dari langit yang tinggi, hanya akan turun dalam jiwa yang merendah diri. Semakin dalam kerendahan jiwanya, maka semakin terlimpahlah mutiara ilmu."

"Berebut-rebutlah lah mengejar cinta Allah dengan melatih memohon kemaafan apabila benar bersalah, ia adalah proses yang cepat menghancurkan sifat sombong dalam diri. Al Imam Ghazali menyatakan : Mereka yang matang dalam rohani ialah mereka yang menggabungkan dua latihan iaitu zikir dan mujahadah."

Semoga mendapat kefahaman.."

========

SUMBER: angah-almanisiy.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR