BERGABUNG JUMAAT DAN RAYA

Alangkah Beruntungnya Kita Tahun Ini (1438h), Raya Haji (10hb/12) Jatuh Hari Jumaat

Oleh: Ustaz Haidzir Hussin

Kelebihan Hari Jumaat:

ﻭﻋَﻦْ ﺃَﺑِﻲ ﻟُﺒَﺎﺑَﺔَ ﺑْﻦِ ﻋَﺒْﺪِ ﺍﻟْﻤُﻨْﺬِﺭِ ﻗَﺎﻝَ : ﻗَﺎﻝَ ﺍﻟﻨَّﺒِﻲُّ ﺻَﻠَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻋَﻠَﻴْﻪِ ﻭَﺳَﻠَّﻢَ : ‏

Dari Abu Lubabah bin Ibnu Mundzir Radhiyallahu Anhu berkata, Rasulullah ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ berkata:

( ﺇِﻥَّ ﻳَﻮْﻡَ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ﺳَﻴِّﺪُ ﺍﻷَﻳَّﺎﻡِ، ﻭَﺃَﻋْﻈَﻤُﻬَﺎ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ، ﻭَﻫُﻮَ ﺃَﻋْﻈَﻢُ ﻋِﻨْﺪَ ﺍﻟﻠَّﻪِ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻷَﺿْﺤَﻰ ﻭَﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﻔِﻄْﺮِ، ﻓِﻴﻪِ ﺧَﻤْﺲُ ﺧِﻼﻝٍ : ﺧَﻠَﻖَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻴﻪِ ﺁﺩَﻡَ ، ﻭَﺃَﻫْﺒَﻂَ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﻓِﻴﻪِ ﺁﺩَﻡَ ﺇِﻟَﻰ ﺍﻷَﺭْﺽِ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺗَﻮَﻓَّﻰ ﺍﻟﻠَّﻪُ ﺁﺩَﻡَ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺳَﺎﻋَﺔٌ ﻻ ﻳَﺴْﺄَﻝُ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﻓِﻴﻬَﺎ ﺍﻟْﻌَﺒْﺪُ ﺷَﻴْﺌًﺎ ﺇِﻻ ﺃَﻋْﻄَﺎﻩُ، ﻣَﺎ ﻟَﻢْ ﻳَﺴْﺄَﻝْ  ﺣَﺮَﺍﻣًﺎ، ﻭَﻓِﻴﻪِ ﺗَﻘُﻮﻡُ ﺍﻟﺴَّﺎﻋَﺔُ، ﻣَﺎ ﻣِﻦْ ﻣَﻠَﻚٍ ﻣُﻘَﺮَّﺏٍ ﻭَﻻ ﺳَﻤَﺎﺀٍ ﻭَﻻ ﺃَﺭْﺽٍ ﻭَﻻ ﺭِﻳَﺎﺡٍ ﻭَﻻ ﺟِﺒَﺎﻝٍ ﻭَﻻ ﺑَﺤْﺮٍ ﺇِﻻ ﻭَﻫُﻦَّ ﻳُﺸْﻔِﻘْﻦَ ﻣِﻦْ ﻳَﻮْﻡِ ﺍﻟْﺠُﻤُﻌَﺔِ ‏) . ﺣﺪﻳﺚ ﺣﺴﻦ، ﺭﻭﺍﻩ ﺍﺑﻦ ﻣﺎﺟﻪ ‏(1084 ) .

“Hari Jumaat adalah penghulu segala hari dan hari yang paling mulia di sisi Allah. Hari Jumaat ini LEBIH MULIA dari hari raya Aidilfitri dan Aidiladha di sisi Allah. Pada hari Jumaat terdapat lima peristiwa; Diciptakannya Adam dan diturunkannya ke bumi, pada hari Jumaat Adam dimatikan, di hari Jumaat juga terdapat waktu yang mana jika seseorang meminta kepada Allah maka akan dikabulkan selagi tidak memohon yang haram, dan di hari Jumaat juga akan berlakunya kiamat. Tidaklah seseorang Malaikat yang dekat di sisi Allah SWT, di bumi dan di langit kecuali dia dikasihi pada hari Jumaat.” (HR. Ahmad)

ﻋﻦ ﻋﺎﺋﺸﺔ ﺭﺻﻲ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻨﻬﺎ ﺃﻥ ﺭﺳﻮﻝ ﺍﻟﻠﻪ ﺻﻠﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺳﻠﻢ ﻗﺎﻝ :

Daripada A’isyah RA, Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda yang bermaksud:

ﻣﺎ ﻋﻤﻞ ﺁﺩﻣﻲ ﻣﻦ ﻋﻤﻞ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻨﺤﺮ ﺃﺣﺐ ﺇﻟﻰ ﺍﻟﻠﻪ ﻣﻦ ﺇﻫﺮﺍﻕ ﺍﻟﺪﻡ ﺇﻧﻬﺎ ﻟﺘﺄﺗﻲ ﻳﻮﻡ ﺍﻟﻘﻴﺎﻣﺔ ﺑﻘﺮﻭﻧﻬﺎ ﻭﺃﺷﻌﺎﺭﻫﺎ ﻭﺃﻇﻼﻓﻬﺎ ﻭﺃﻥ ﺍﻟﺪﻡ ﻟﻴﻘﻊ ﻣﻦ ﺍﻟﻠﻪ ﺑﻤﻜﺎﻥ ﻗﺒﻞ ﺃﻥ ﻳﻘﻊ ﻣﻦ ﺍﻷﺭﺽ ﻓﻄﻴﺒﻮﺍ ﺑﻬﺎ ﻧﻔﺴﺎ، ﻗﺎﻝ ﻭﻓﻲ ﺍﻟﺒﺎﺏ ﻋﻦ ﻋﻤﺮﺍﻥ ﺑﻦ ﺣﺼﻴﻦ ﻭﺯﻳﺪ ﺑﻦ ﺃﺭﻗﻢ ﻗﺎﻝ ﺃﺑﻮ ﻋﻴﺴﻰ ﻫﺬﺍ ﺣﺪﻳﺚ ﺣﺴﻦ ﻏﺮﻳﺐ

“Tidak ada satu amalan anak Adam di Hari Nahar (10hb/12) (10hb Zulhijjah) yang paling Allah sukai selain daripada menumpahkan darah (menyembelih binatang korban), kerana ia (binatang korban) itu akan datang di hari kiamat nanti dengan tanduk dan kukunya dan bulu-bulunya (sebagai saksi ke atas ibadah korban tuannya), dan sesungguhnya darah (binatang korban itu) akan tumpah di sisi Allah di suatu tempat kemuliaan sebelum tumpah ke bumi, oleh itu sukakanlah dirimu dengan berkurban (pilihlah olehmu binatang terbaik paling menarik untuk dikorbankan dan bersegera menunaikannya). ” (HR Hakim, Ibnu Majah dan At-Tirmizi)

* Hari nahar (qurban) adalah 10hb Zul-Hijjah. Adapun 11hb, 12hb dan 13hb Zul-Hijjah pula adalah hari hari tasyrik.

===========

SUMBER: FB  Mohammad Haidzir Hussin

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR