SIFAT DIAM

SIFAT DIAM & PERBANYAK ZIKIR

Seseorang yang banyak diam itu bukan kerana dia tidak suka bercakap, tetapi tiada perkataan baik yang ingin dikatakan, maka dia diam, dan itu lebih baik baginya. Inilah tanda orang yang beriman kepada Allah dan hari akhirat.

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkata baiklah ataupun diam." (Riwayat al-Bukhori : 6018 & Muslim : 47)

Baginda bersabda lagi: "Siapa yang dapat manjamin kepadaku (yakni menjaga) apa yang berada antara dua rahangnya (mulut) dan antara dua kakinya (kemaluan), maka aku menjaminnya Syurga." (Riwayat al-Bukhori : 6474)

Jika kurang berzikir, akan banyaklah bercakap. Tetapi jika banyak berzikir, akan kurang bercakap, ini kerana dia akan mencari masa dan tempat untuk menyendiri agar dapat berzikir. Sedangkan orang yang banyak bercakap akan mencari-cari masa untuk bersembang, seperti bersembang di kedai kopi.

Jika kurang bercakap, maka kuranglah silapnya.

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang banyak bercakap, banyaklah salahnya, jika banyak salahnya, banyaklah dosanya, jika banyak dosanya, api nerakalah lebih layak baginya." (Riwayat at-Thobrani : 6541)

Baginda bersabda lagi: "Kebanyakan dosa anak Adam itu datang daripada lisannya." (Riwayat at-Thobrani : 10298)

Letakkan tasbih biji atau digital di persekitaran seperti rumah, kereta, tempat kerja & lain-lain, agar dapat mengingatkan kita untuk sentiasa berzikir.

wallahu a'lam

=====================

DIAM ITU LEBIH BAIK

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Siapa yang beriman kepada Allah dan hari akhirat, berkata baiklah ataupun diam." (Riwayat al-Bukhori : 6018 & Muslim : 47)

Malah Imam an-Nawawi mengatakan di dalam Riyadhus Solihin, jika kita merasakan bercakap atau diam itu sama beratnya (nak cakap pun harus, nak diam pun harus), maka sunat untuk diam, kerana melalui percakapan yang harus juga boleh membawa kepada bercakap yang haram atau makruh.

Umpamanya, sembang kosong tanpa tujuan, akhirnya menceritakan keburukan orang lain, maka bercakap yang haram tanpa disedari.

Diam itu banyak manfaatnya dari bercakap.

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR