PENILAIAN HADIS AL-ALBANI (Siri 2)

Perubahan Hukum Hadis al-Albani

Oleh: Ustaz Khafidz Soroni

Sebagai tambahan kepada kajian Syeikh Ahmad Darwisy di atas, Syeikh al-Albani dikatakan telah menarik balik semula sebahagian penilaian hadisnya (tashih dan

tad‘if) yang diberikan kepada sesetengah hadis. Jumlahnya adalah kira-kira 222 buah hadis yang telah dihimpunkan oleh Muhammad Hasan al-Syaykh dalam

kitab (تراجع العلامة الألباني فيما نص عليه تصحيحا و تضعيفا), terbitan Maktabah al-Ma‘arif: Riyadh, 2002.

Menurut Ustaz Adlan Abd. Aziz dalam satu tulisannya:

"Di antara orang-orang yang berusaha untuk memberikan maklumat tentang hadith-hadith yang telah diubah penilaian terhadapnya (hadis yang sama makna tapi

berbeza hukum) oleh al-Albani ialah:

Pertama, buku yang ditulis oleh Abu Malik ‘Audah Ibn Hasan yang dicetak oleh Dar al-Nafa'is, Jordan (setahu saya, ia adalah di bawah seliaan salah seorang

murid al-Albani iaitu Dr. Umar al-Asyqar) pada tahun 2003. Ia mengumpulkan 500 hadith yang telah dinilai kembali hukumnya (sahih atau dhaif dan sebagainya)

oleh al-Albani dan beliau mengubah pendapat yang lama kepada yang baru. Di dalam buku ini hanya ada sebanyak 250 hadith kerana buku ini adalah bahagian

pertama. Saya belum menemui bahagian keduanya setakat ini.

Buku kedua yang mengumpulkan perubahan pendapat al-Albani ialah buku hasil karya Muhammad Kamal al-Suyuthi, cetakan Dar Ibn Rajab, Mesir pada tahun

2004. Ia mengumpulkan sebanyak 307 hadith".

Kata beliau (Ustaz Adlan) lagi: "Kedua-dua buku ini amat penting bagi mereka yang seringkali membuat rujukan dengan menggunakan buku-buku al-Albani. Jangan

pula kita tersalah dalam menggunakan pandangan beliau yang lama atau kita tersalah anggap bahawa berlakunya percanggahan dalam penilaian al-Albani. Apa

yang sebenarnya berlaku ialah beliau menarik balik pendapatnya setelah beliau bertemu dengan pendapat yang lebih tepat".

Mengakui kesilapan memang akhlak yang dipuji. Namun dalam soal penilaian hadis ini, apatah lagi jumlahnya mencecah ratusan hadis, menyebabkan kurangnya

kebolehpercayaan terhadap keseluruhan atau sebahagian besar penilaian seseorang itu. Hal ini pernah berlaku kepada al-Hakim al-Naisaburi dan Ibn al-Jawzi -

رحمهما الله. Malah hukum-hukum baru al-Albani itu pun masih dapat dinilai dan dibincang semula. Dari tersalah memilih penilaian hadis al-Albani yang terakhir, lebih

baik tidak berpegang dengannya, atau mesti membanding dan menggandingkannya dengan pakar-pakar hadis yang jauh lebih hebat.

==============

SUMBER: sawanih.blogspot.my/2011/05/bolehkah-berpegang-dengan-penilaian_27.html

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR