SUNNAH KETIKA MAKAN

Beberapa hadis tentang sunnah ketika makan:

1 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, makanlah dengan tangan kanannya. Jika minum pula, minumlah dengan tangan kanannya. Sesungguhnya syaitan makan dengan tangan kirinya, dan minum dengan tangan kirinya." (Riwayat Muslim : 2020, Abu Daud : 3776, at-Tirmizi : 1799)

2 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, janganlah makan dengan tangan kirinya. Jika minum pula, janganlah minum dengan tangan kirinya. Jika dia menerima (sesuatu benda), janganlah mengambilnya dengan tangan kiri. Dan jika dia memberi (sesuatu) pula, janganlah memberinya dengan tangan kiri." (Riwayat Ahmad : 5/311)

3 - Dari Abu Iyas Salamah R.A, beliau berkata: "Ada seorang lelaki makan dengan tangan kiri berdekatan Rasulullah sollallahu 'alaihi wa sallam. Maka Baginda bersabda: "Makanlah dengan tangan kananmu." Kemudian lelaki itu berkata: "Saya tidak boleh." Maka Baginda bersabda: "(Mudah-mudahan) kamu tidak boleh, tidaklah dia menolaknya melainkan hanya kerana kesombongan." Maka selepas kejadian itu, lelaki itu benar-benar tidak mampu mengangkat (tangan kanannya untuk menyuap makanan) ke mulutnya." (Riwayat Muslim : 2021)

4 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, janganlah dia membersihkan tangannya (kecuali) sehingga dia menjilati jarinya (dahulu) atau menjilatkannya (untuk orang lain)". (Riwayat al-Bukhari : 5456, Muslim : 2031)

5 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Jika setiap di antara kamu makan, maka hendaklah dia menjilati jarinya, kerana tidak diketahui di makanan manakah terdapatnya keberkahan." (Riwayat Muslim : 2035)

6 - Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: "Bahawasanya syaitan hadir pada setiap di antara kamu dalam semua keadaan, sehingga ia hadir ketika kamu sedang makan. Maka apabila terjatuh makanan, hendaklah dia membersihkan kotorannya kemudian memakannya, dan janganlah dia membiarkannya (makanan itu) untuk syaitan. Dan jika telah selesai makan, hendaklah dia menjilati jarinya, kerana tidak diketahui di makanan manakah terdapatnya keberkahan."  (Riwayat Muslim : 2033)

7 - Dari para sahabat, mereka berkata: "Wahai Rasulullah, kami makan tetapi mengapa tidak merasa kenyang." Maka Baginda bersabda: "Adakah kamu makan secara berpecahan (bersendirian)?" Mereka menjawab: "Ya benar." Maka Baginda bersabda: "Makanlah bersama-sama (secara berjemaah), dan sebutlah nama Allah (Bismillaah) atasnya, maka kamu akan mendapat keberkatan dengannya." (Riwayat Abu Daud: 3764)

Semoga kita diberi hidayah dan taufiq untuk beramal dengan kesemua sunnah terbaik Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam.

Wallahu a'lam

=========================

Matan hadis:

1 - إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَأْكُلْ بِيَمِينِهِ، وَإِذَا شَرِبَ فَلْيَشْرَبْ بِيَمِينِهِ فَإِنَّ الشَّيْطَانَ يَأْكُلُ بِشِمَالِهِ، وَيَشْرَبُ بِشِمَالِهِ

2 - إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلَا يَأْكُلْ بِشِمَالِهِ وَ إِذَا شَرِبَ فَلَا يَشْرَبُ بِشِمَالِهِ وَ إِذَا أَخَذَ فَلَا يَأْخُذُ بِشِمَالِهِ وَ إِذَا أَعْطَى فَلَا يُعْطِي بِشِمَالِهِ

3 - أَنَّ رَجُلًا أَكَلَ عِنْدَ رَسُولِ اللهِ صَلَّى اللهُ عَلَيْهِ وَسَلَّمَ بِشِمَالِهِ، فَقَالَ: كُلْ بِيَمِينِكَ، قَالَ: لَا أَسْتَطِيعُ، قَالَ: لَا اسْتَطَعْتَ، مَا مَنَعَهُ إِلَّا الْكِبْرُ، قَالَ: فَمَا رَفَعَهَا إِلَى فِيهِ

4 - إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلاَ يَمْسَحْ يَدَهُ حَتَّى يَلْعَقَهَا أَوْ يُلْعِقَهَا

5 - إِذَا أَكَلَ أَحَدُكُمْ فَلْيَلْعَقْ أَصَابِعَهُ فَإِنَّهُ لَا يَدْرِى فِى أَيَّتِهِنَّ اْلبَرَكَةُ

6 - إِنَّ الشَّيْطَانَ يَحْضُرُ أَحَدَكُمْ عِنْدَ كُلِّ شَيْءٍ مِنْ شَأْنِهِ حَتىَّ يَحْضُرَهُ عِنْدَ طَعَامِهِ فَإِذَا سَقَطَتْ مِنْ أَحَدِكُمْ اللُّقْمَةُ فَلْيُمْطِ مَا كَانَ بِهَا مِنْ أَذًى ثُمَّ لِيَأْكُلْهَا وَ لاَ يَدَعْهَا لِلشَّيْطَانِ فَإِذَا فَرَغَ فَلْيَلْعَقْ أَصَابِعَهُ فَإِنَّهُ لاَ يَدْرِى فىِ أَيِّ طَعَامِهِ تَكُوْنُ اْلبَرَكَةُ

7 - يَا رَسُولَ اللَّهِ إِنَّا نَأْكُلُ وَلَا نَشْبَعُ قَالَ: فَلَعَلَّكُمْ تَفْتَرِقُونَ؟ قَالُوا: نَعَمْ قَالَ: فَاجْتَمِعُوا عَلَى طَعَامِكُمْ وَاذْكُرُوا اسْمَ اللَّهِ عَلَيْهِ يُبَارَكْ لَكُمْ فِيهِ

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR