BERI DAGING QURBAN PADA KAFIR

Bolehkah beri daging qurban pada non muslim?

Jawapan:

Memang ada pendapat dalam mazhab Syafi'e boleh beri pada orang kafir zimmi tapi ia pendapat dhoif (lemah), walaupun Imam an-Nawawi di dalam al-Majmu' berpegang pada pendapat ini.

Tapi pendapat muktamad, haram beri pada orang kafir walaupun kafir zimmi. (Tahfatul Muhtaj, Nihayatul Muhtaj, I'anah at-Tholibin, Hasyiah al-Bajuri, Sabilal Muhtadin, Matla' al-Badrain)

Memang kebanyakan pendapat Imam an-Nawawi adalah kuat dan dipegang ulamak Syafi'iyyah, cuma ada beberapa pendapat Imam an-Nawawi yang tidak dijadikan pendapat muktamad dalam mazhab Syafi'e, antaranya bagi masalah ini.

Jika ada sangkaan kita bahawa jiran non muslim kita akan terasa hati atau teringin sangat dengan daging tu, boleh beli daging biasa dan beri padanya. Jika buat kenduri dan ada tetamu non muslim, boleh beli daging biasa dan masakkan untuk dia juga.

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR