SIFAT TAKABBUR

Takabbur

Daripada ibn Mas'ud, bahawa Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"ﻻَ ﻳَﺪْﺧُﻞُ ﺍﻟْﺠَﻨَّﺔَ ﻣَﻦْ ﻛَﺎﻥَ ﻓِﻰ ﻗَﻠْﺒِﻪِ ﻣِﺜْﻘَﺎﻝُ ﺫَﺭَّﺓٍ ﻣِﻦْ ﻛِﺒْﺮٍ . ﻗَﺎﻝَ ﺭَﺟُﻞٌ ﺇِﻥَّ ﺍﻟﺮَّﺟُﻞَ ﻳُﺤِﺐُّ ﺃَﻥْ ﻳَﻜُﻮﻥَ ﺛَﻮْﺑُﻪُ ﺣَﺴَﻨًﺎ ﻭَﻧَﻌْﻠُﻪُ ﺣَﺴَﻨَﺔً. ﻗَﺎﻝَ : ﺇِﻥَّ ﺍﻟﻠَّﻪَ ﺟَﻤِﻴﻞٌ ﻳُﺤِﺐُّ ﺍﻟْﺠَﻤَﺎﻝَ ﺍﻟْﻜِﺒْﺮُ ﺑَﻄَﺮُ ﺍﻟْﺤَﻖِّ ﻭَﻏَﻤْﻂُ ﺍﻟﻨَّﺎﺱِ"
(ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ)

"Tidak akan masuk Syurga orang yang di dalam hatinya ada sifat takabbur (walaupun sekecil) zarrah." Lalu berkata seorang lelaki: (Bagaimana pula jika) seseorang itu suka  berpakaian cantik dan kasut yang cantik? Lalu Baginda sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda: “"Sesungguhnya Allah itu indah, dan sukakan pada keindahan (maka ianya dibenarkan). Takabbur (pula) ialah menolak kebenaran dan memandang rendah kepada manusia." (Riwayat Muslim)

Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam bersabda:

"ﺃَﻟَﺎ ﺃُﺧْﺒِﺮُﻛُﻢْ ﺑِﺄَﻫْﻞِ ﺍﻟﻨَّﺎﺭِ ﻗَﺎﻟُﻮﺍ ﺑَﻠَﻰ ﻗَﺎﻝَ ﻛُﻞُّ ﻋُﺘُﻞٍّ ﺟَﻮَّﺍﻅٍ ﻣُﺴْﺘَﻜْﺒِﺮٍ"
(ﺭﻭﺍﻩ ﻣﺴﻠﻢ)

"Mahukah aku khabarkan pada kamu tentang ahli neraka?" Sahabat berkata: Bahkan. Sabda Nabi: "Mereka semua adalah orang yang kasar, tamak dan takabbur (sombong)." (Riwayat Muslim)

Imam al-Ghozali mengatakan bahawa jenis takabbur itu terbahagi kepada dua bentuk:

1. Takabbur dalam urusan agama, yang merangkumi takabbur kerana ilmu dan amalnya.
2. Takabbur dalam urusan dunia, iaitu disebabkan keturunannya, kecantikan dirinya, kekuatan fizikalnya, kekuasaannya dan hartanya.

Para ulamak memberi penjelasan bahawa ada tiga ciri-ciri utama orang yang bersifat takabbur:

1. Merasa dirinya lebih baik. Orang takabbur akan mengaggap dirinya lebih baik, mulia dan sempurna dari orang lain.
2. Menghina orang lain. Dalam masa yang sama dia memandang orang lain dengan penuh hina, dhoif dan penuh cacat cela.
3. Menolak kebenaran. Dia menganggap dirinya paling hebat dan menolak semua pandangan, teguran dan saranan walaupun ianya benar.

Wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR