CINTA NABI

CINTA PADA NABI

Umar Bin Ahmad Baroja' di dalam Akhlaq Lil-Banin berkata:

 ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﮯ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ

ﺃﻳﻬﺎ ﺍﻟﻮﻟﺪ ﺍﻸﺩﻳﺐ، ﻛﻤﺎ ﻳﺤﺐ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻥ ﺗﻌﻈﻢ ﺭﺑﻚ ﺳﺒﺤﺎﻧﻪ ﻭﺗﻌﺎﻟﮯ ﻳﺤﺐ ﻋﻠﻴﻚ ﺃﻳﻀﺎ، ﺃﻥ ﺗﻌﻈﻢ ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﮯ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻭﺗﻤﻸ ﻗﻠﺒﻚ ﺑﻤﺤﺒﺘﻪ ﺣﺘﮯ ﺗﺤﺒﻪ ﺃﻛﺜﺮ ﻣﻦ ﻣﺤﺒﺘﻚ ﻟﻮﺍﻟﺪﻳﻚ ﻭﻟﻨﻔﺴﻚ

ﻷﻧﻪ ﺍﻟﺬﻱ ﻋﻠﻤﻨﺎ ﺩﻳﻦ ﺍﻼﺳﻼﻡ ﻭﺑﺴﺒﺒﻪ ﻋﺮﻓﻨﺎ ﺭﺑﻨﺎ، ﻭﻓﺮﻗﻨﺎ ﺑﻴﻦ ﺍﻟﺤﻼﻝ ﻭﺍﻟﺤﺮﺍﻡ، ﻭﻸﻥ  ﷲ ﺗﻌﺎﻟﮯ ﺃﺣﺒﻪ، ﻓﺠﻌﻠﻪ ﺃﻓﻀﻞ ﺍﻟﻨﺎﺱ، ﻭﺻﻴﺮﻩ ﻗﺪﻭﺓ ﻟﻨﺎ ﻓﻲ ﺍﻸﺧﻼﻕ ﻭﺍﻶﺩﺍﺏ

ﺇﺫﺍ ﺃﺣﺒﺒﺖ ﻧﺒﻴﻚ ﻣﺤﻤﺪ ﺻﻠﮯ ﷲ ﻋﻠﻴﻪ ﻭﺁﻟﻪ ﻭﺳﻠﻢ، ﻓﺎﺗﺒﻌﻪ ﻓﻲ ﺳﻴﺮﺗﻪ، ﻭﺍﻋﻤﻞ ﺑﻨﺼﺎﺋﻪ، ﻟﺘﻨﺎﻝ ﻣﺤﺒﺔ ﷲ ﻭﺭﺿﺎﻩ

"Nabimu, Muhammad sollallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam.

Wahai anak yang beradab, sebagaimana wajib atasmu mengagungkan Tuhanmu yang Maha Suci lagi Maha Tinggi, maka wajib juga atasmu untuk mengagungkan Nabimu, Muhammad sollallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam, dan penuhi hatimu dengan mencintai Baginda, sehingga rasa cinta itu lebih banyak dari rasa cinta terhadap kedua ibubapamu dan cinta terhadap dirimu sendiri.

Kerana sesungguhnya Baginda yang mengajar kita tentang agama Islam, dan kerana Bagindalah kita mengenali Tuhan kita, dan dapat membezakan mana yang halal dan yang haram. Sesungguhnya Allah Ta'ala mencintai Baginda, Dia menjadikan Baginda manusia yang paling mulia (di antara semua makhluk), dan Baginda menjadi ikutan bagi kita dalam bersikap akhlak mulia dan beradab.

Apabila kamu telah mencintai Nabimu sollallahu 'alaihi wa aalihi wa sallam, maka ikutilah sirah perjalanan Baginda, dan amalkanlah apa yang dinasihati Baginda, agar kamu mendapat cinta Allah dan keredhaan Allah."

[Akhlaq Lil-Banin]

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR