TUHFAH DAN NIHAYAH

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak:

Kitab Tuhfah al-Muhtaj (Ibn Hajar al-Haitami) dan Nihayah al-Muhtaj (Syams al-Ramli) Sandaran Fatwa

Para Ulamak Mazhab Syafi'i telah menjadikan Kitab Tuhfah al Muhtaj dan Nihayah al Muhtaj sebagai dua kitab rujukan dan sandaran utama dalam berfatwa disebabkan di dalam kedua-dua kitab tersebut pengarangnya telah menjadikan Qaul-qaul yang muktamad yang disebut dalam Kitab-kitab karangan Imam al-Nawawi dan al-Rifa'ei sebagai pegangan (I’timad) fatwa. Asas ini telah menyebabkan Tuhfah dan Nihayah sebagai kitab yang paling utama berbanding kitab-kitab lain.

Dalam kitab Fawaid Makkiyah, karangan al-'Allamah Sayyid Alawi bin Sayyid Ahmad al Saqaf, dicatit sebab keutamaan Tuhfah dan Nihayah: al-'Allamah al-Kurdi berkata:

تتبعوا كلامهما فوجدوا ما فيهما عمدة المذهب الشافعى رضى الله عنه

"Para Ulamak telah memeriksa kandungan kedua-dua kitab tersebut, mereka mendapati isi kandungan kedua kitab tersebut merupakan UMDAH berfatwa mengikut mazhab Syafi'i radhiallahu anhu."

Umdah maksudnya teras atau intisari (fatwa Mazhab).

حتى صار من له إحاطة بقولهما يقررها من غير ترجيح

"Sehinggakan mereka yang menguasai kedua-dua pendapat dalam kedua-dua kitab itu akan memantapkannya tanpa Tarjih lagi."

Posted by pondokTampin

Koleksi Q&A Ustaz Alyasak
https://t.me/Q_A_Us_Alyasak_channel

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR