TANKIS

TANKIS KETIKA SUJUD

Antara syarat sah sujud adalah sujud dalam keadaan tankis, yakni kedudukan punggung lebih tinggi dari kepalanya. Jika seseorang sujud di atas lantai yang meninggi ke atas, sekira-kira apabila dia sujud, kedudukan kepalanya lebih tinggi dari punggungnya, atau kedudukan kepalanya sama paras dengan punggungnya, maka tidak sah sujudnya.

Syeikh Zainuddin al-Malibari di dalam Fathul Mu'in berkata:

مع تنكيس بأن ترتفع عجيزته وما حولها على رأسه ومنكبيه للاتباع فلو انعكس أو تساويا لم يجزئه. نعم إن كان به علة لا يمكنه معها السجود إلا كذلك أجزأه

"Serta dengan tankis, yakni (wajib) ditinggikan punggungnya dan (daripada) apa yang ada di sekeliling kepala dan bahunya, kerana ittiba' (mengikut Nabi sollallahu 'alaihi wa sallam). Maka jika dia melakukan sebaliknya (kedudukan kepala lebih tinggi dari punggungnya), atau kedua-duanya (kedudukan kepala dan punggung) sama paras, maka tidak memadai (tidak sah sujud) baginya. Namun sekiranya dia sakit sehingga tidak mampu sujud sedemikian (dengan kedududkan tankis) melainkan hanya seperti itu sahaja (kadar kemampuannya), maka memadai (sah) baginya."
 [Fathul Mu'in]

Wallahu a'lam

================

SUMBER : www.fatihsyuhud.org/2013/03/shifat-shalat-fathul-muin-malibari.html

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR