SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

SYEIKH ABDULLAH AL-HARARI AL-HABASYI

Oleh: Ustaz Rasyiq Mohd Alwi

Saya juga selalu mendengar nama tokoh ulama Islam ini dipersada media dan pernah berjumpa dengan beliau seperti mana ulama-ulama lain juga berjumpa dan menuntut ilmu daripada beliau. Setelah dikaji secara detail didapati Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan ulama Islam yang bersikap lembut terhadap perkara keimanan dan bersikap tegas terhadap perkara yang kufur. Beliau merupakan ulama yang bersikap tawadhu' dan baik hati. Tidaklah melampau sekirannya digelarkan beliau sebagai Syekhul Islam zaman ini iaitu ulama yang mempertahankan akidah Islam dan menyerang musuh-musuh Islam seperti Musyabbihah dan selainnya dengan hujjah dan dalil.Beliau telah kembali ke rahmatullah pada 2 Ramadhan 1429 yang lalu. Al-Fatihah buat beliau.

Pada 12hb April 2009M bersamaan dengan 16 Rabi’ul Akhir 1430H saya (Ustaz Rasyiq Mohd Alwi) berkesempatan bersama dalam majlis khas dengan Syiekh Dr. Ali Jum’ah pada jam 9.00pagi bertempat di PNB Darby Kuala Lumpur. Perjumpaan itu adalah setelah perjumpaan di Majlis Maulid bersar-besaran di Masjid Negara Kuala Lumpur pada malam sebelumnya 11hb April 2009M.

Pada pagi 12hb tersebut Syeikh Dr. Ali Jum’ah mengatakan dalam Majlis itu:

“Saya sebenarnya telah mengenali Syeikh Abdullah Al-Harari sebelum kamu semua dilahirkan lagi, pada 50an Syeikh Abdullah Al-Harari telah datang ke bumi Mesir dan ulama dan kami menghormati beliau. Ketika Syeikh Abdullah Al-Harari di bumi Mesir beliau sering bersama Syeikh Abdullah Al-Ghumary dalam majlis muzakarah kitab Al-Jam’ul Jawami’. Demikian juga dijelaskan kepada kami oleh Syeikh Soleh Al-Ja’fary. Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan seorang yang alim dan hebat dalam menolak hujjah golongan kotor seperti Wahhabi dan selainnya. Ramai ulama yang memuji kehebatan Syeikh Abdullah Al-Harari dalam ilmunya. Antara yang menukilkan dan memuji perjuangan Syeikh Abdullah Al-Harari adalah Syeikh Sa’id Mamduh setelah mentelaah buku karangan Syeikh Abdullah Al-Harari dalam penolak hujjah terhadap Al-Albani. Saya sendiri melihat pujian Syeikh Sa’id Mamduh terhadap Syeikh Abdullah Al-Harari Rahimahullah. Zaman kini penyelewengan ajaran Wahhabi mendahului ajaran-ajaran yang lain kerana mereka mempunyai kewangan untuk meroksakkan masyarakat Islam yang telah terbina sekian lama dengan mulianya oleh para ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah Al-‘Asya’irah. Kami berpegang bahawa Syeikh Abdullah Al-Harari merupakan seorang ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang hebat dan amat mendalami ilmu hadith dan sanadnya. Amatlah berbesar hati dapat bersama dengan anak-anak murid beliau khususnya dalam memartabatkan Ahli Sunnah Wal Jama’ah sebenar di era globaliosasi ini.”

Saya (Ustaz Rasyiq Mohd Alwi) katakan secara ikhlas dan jujur bahawa disini membuktikan bahawa Syeikh Abdullah merupakan tokoh ulama Ahli Sunnah Wal Jama’ah yang diperakui oleh badan-badan berautoriti dan para ulama Islam.

Beliau adalah seorang yang alim, al-‘Allamah al-Muhaddis, pakar dalam ilmu fekah, dan kuat berhujah menentang golongan-golongan yang terpesong dari landasan Ahlus Sunnah Wal Jamaah, seorang yang zuhud dan bertaqwa, namanya ialah Abdullah bin Muhammad bin Yusuf bin Abdullah bin Jamei’, berasal dari Harar , berketurunan asy-Syaibi dan al-Abdary beliau juga merupakan Mufti Harar [dilantik menjadi mufti sebelum berumur 18 tahun].

========

SUMBER: ustaz-rasyiq.blogspot.com

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR