FAHAMAN WAHHABI

FAHAMAN WAHHABI

Oleh: Ustaz Rasyiq Bin Mohd Alwi (Abu Syafiq)

Fahaman ini menjadi kewajipan kepada ulama' untuk membongkar dan memperjelaskan memandangkan ramai orang Islam yang terkeliru dengan propaganda aliran ini. Aliran ini bertunjangkan kepada pemikiran Ibnu Taimiyyah dan Ibnu Qayyim Al-Khariji(al-Jauzi) pada kurun ke tujuh hijrah. Aliran ini membawa konsep Bid'ah yang bercanggah dengan Jumhur Ulama'.

Aliran ini membawa percanggahan dalam permasalahan aqidah iaitu:

1. Membawa Qaedah tauhid “Tiga T” yang tidak pernah wujud di dalam sejarah Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah.
2. Membawa fahaman “Tajsim dan Tasybih”.
3. Menolak Sifat Dua Puluh.
4. Menghukum Syirik amalan tawassul, tabarruq, ziarah qubur dan isthtighathah.
5. Mengkafirkan ramai Ulama’-Ulama’ yang diperakui kebenarannya di antaranya Imam Abu Hassan al-Asy‘ari, perumus aliran Ahlus Sunnah Wa al-Jama‘ah.
6. Mengelirukan faham Takwil , Ta‘til dan Tafwid.
7. Mendakwa dari golongan salaf.
8. Menta‘zimkan Nabi s.a.w membawa kepada syirik.

Terdapat juga percanggahan dalam furu' iaitu:

1. Menganggap talqin sebagai bid‘ah.
2. Mengganggap amalan tahlil, yasin bagi kenduri arwah sebagai bid‘ah yang haram.
3. Menganggap qunut Subuh sebagai bid‘ah.
4. Tidak ada qada’ bagi solat yang sengaja ditinggalkan.
5. Menggangap lafaz sayyiduna (taswid) dalam solat sebagai bid’ah.
6. Menggerak-gerakkan jari sewaktu tahiyyat awal dan akhir.
7. Menggangap doa beramai-ramai selepas solat sebagai bid’ah sesat.
8. Menyatakan bahawa doa, zikir dan selawat yang tidak ada dalam al-Quran dan Hadis sebagai bid’ah. Menganggap amalan bacaan Yasin pada malam Jumaat sebagai bid’ah yang haram.
9. Mengatakan bahawa sedekah pahala tidak sampai.
10. Menolak sambutan mawlid nabi; bahkan menolak cuti sempena hari Mawlid Nabi; bahkan yang lebih teruk lagi menyamakan sambutan mawlud nabi dengan perayaan Kristian bagi nabi Isa a.s.
11. Menolak amalan barzanji/marhaban/berdiri sewaktu selawat. Sufiyyah dianggap sebagai terkesan dengan ajaran Budha dan Nasrani. Sebahagian ulama’ mereka menyeru agar Maqam Rasulullah s.a.w dikeluarkan dari masjid nabawi atas alasan menjauhkan umat Islam dari syirik.
12. Menganggap amalan menziarahi maqam Rasulullah s.a.w, para anbiya’, awliya’, ulama’ dan solihin sebagai bid‘ah. Sering mengkritik aliran Sufi dan kitab-kitab Sufi yang mu‘tabar.

=========================

SUMBER : abu-syafiq.blogspot.my

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR