NIKAH GANTUNG

Apakah hukum nikah gantung?

Jawapan:

Nikah gantung atau nikah khitbah (dalam istilah fiqh dipanggil nikah misyar) ialah kedua-dua pasangan bernikah tetapi tak dapat memenuhi sepenuhnya hak isteri seperti tinggal berasingan atas beberapa faktor atau masalah.

Hukumnya adalah harus (dibenarkan) dan sah akad nikahnya (jika cukup syarat & rukun nikah), bagi mengelakkan berlakunya perkara yang haram. Namun ada juga ulamak yang tidak menggalakkannya kerana hak isteri tidak dapat ditunaikan sepenuhnya walaupun ia bersifat sementara.

Ikut hukum asal, seorang suami wajib memberi nafkah zahir (makan, tempat tinggal, pakaian, ubat, alat bersuci & lain-lain) dan batin pada isterinya, kecuali jika isterinya setuju dan redha (persetujuan bersama) supaya suaminya menangguh beri nafkah kerana masalah kewangan, sebab biasanya pasangan yang nikah khitbah ini masih belajar.

wallahu a'lam

Comments

Popular posts from this blog

HUKUM TIDAK BERTEGUR SAPA MELEBIHI 3 HARI

LUPA NIAT JAMAK

ZIKIR: ALLAHUMMA AJIRNI MANAN-NAAR